Saturday 17 December 2011

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIS (A 135859)

Menjadi seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi memerlukan kita untuk sentiasa berfikiran secara kritis!!!





OTAK MANUSIA:


Kedua-dua bahagian otak mempunyai fungsi berfikir yang tertentu:
Otak kiri: kemahiran berfikir secara logik,analitik berurutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan
Otak kanan: kemahiran berfikir dalam bidang yang melibatkan kreativiti,sintesis,warna,reka bentuk,perasaan,irama,muzik dan imaginasi.





PEMIKIRAN KRITIS :




“ Berfikir adalah suatu kemahiran. Ia boleh dikembangkan dan diperbaiki jika seseorang itu tahu caranya.”


The important moral values that can be obtain from this video are, instead of what to think,it is supposedly, how to think.. :) Besides that, instead of memorizing facts, we must understanding the facts and how to process the information.. :)



APA ITU PEMIKIRAN KRITIS ?? 

Pemikiran adalah aktiviti yang  dilakukan oleh manusia hampir  setiap masa. Pemikiran secara
mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak
pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia
juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan
pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan
mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan.


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS:

Boleh juga didefinisikan sebagai: kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
contoh :
    • banding beza
    • membuat kategori
    • teliti bahagian kecil dan keseluruhan
    • membuat sekuens
    • menerang sebab
    • membuat ramalan
    • usul periksa andaian
    • membuat inferens
    • mengesahkan sumber maklumat


  
Konsep Pemikiran Kritis :

i     Tidak begitu mudah menerima sahaja atau mempersetujui sesuatu; menimbang baik buruknya dahulu.
i     Memikir mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.
i     Ianya melibatkan tiga jenis aktiviti mental; analisis, sintesis dan penilaian.
i     Penilaian adalah asas pemikiran kritis; menilai idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian.
i     Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.


Ciri-Ciri Pemikiran Kritis :

i     Reaktif; reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea yang sedia ada dengan yakin, munasabah dan bernas.
i     Penilaian; menentukan samada sesuatu idea itu patut dipercayai ataupun diterima berdasarkan keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan dan nilai idea berkenaan.
i     Analisis; melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah secara terperinci, objektif dan gigih supaya ianya difahami dengan jelas.
i     Logik; merangkumi kaedah menaakul secara logik dan bersepadu dengan menimbangkan andaian yang dibuat serta sedar tentang hujah yang berat sebelah.




 Komponen Pemikiran Kritis

A.                      Kemahiran menganalisis secara kritis

i     meningkatkan pemahaman dan menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui.
i     Terbahagi kepada 2 kategori;
1.         Menganalisis sesuatu perkara atau idea
i   Pengelasan; mengenalpasti ciri-ciri utama dan implikasi ciri-ciri itu.
i   Membanding dan membeza; membandingkan dengan perkara lain untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan.
i   Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan; memisahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil untuk menentukan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi dengan merujuk kepada keseluruhan perkara.


2.         Menganalisis Hujah
i   Menerangkan sebab; mencari sebab-sebab yang digunakan dalam hujah seseorang bagi menyokong idea-idea yang bertujuan menyakinkan pihak lain.
i   Mengusul periksa andaian; mengesan andaian yang diambil dalam tindakan dan kepercayaan seseorang.




B.                       Kemahiran Menilai Secara Kritis
i   Untuk memastikan kata putus atau kesimpulan yang dibuat berkemungkinan lebih betul daripada kemungkinan salah.
i   Terbahagi kepada 2 kategori;

1.              Menilai maklumat
i   Menentukan sumber yang diperolehi; kemahiran yang berkaitan dengan punca maklumat asas seperti media massa, buku atau pendapat orang lain.
2.              Menilai Inferens
i   Membuat ramalan; satu bentuk kemahiran menjangka tentang sesuatu perkara yang akan berlaku.
i   Membuat inferens; satu bentuk kemahiran membuat kesimpulan awal berdasarkan maklumat-maklumat pemerhatian yang talah dikumpul.

Sikap Pemikir Kritis Yang Baik


i   Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. Dan juga dikatakan mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
i   Ingin tahu dan minda terbuka.
i   Mengutamakan kejituan, objetiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.
i   Sentiasa mencari alternatif.
i   Sensitif terhadap perasaan orang lain.




In this video,we know that we can evaluate information and also our thought in a disciplined way. This can help us refined our thought processes to think and assess information more comprehensively. Besides that, we will be more able to identify or reject false ideas or ideology..

Critical thinking isn't just "thinking a lot" :)





Kuasa PEMIKIRAN KRITIS :
                      

Pelbagai kes-kes hangat yang terpampang di akhbar-akhbar tempatan mahupun antarabangsa mengenai pelbagai kes. Antaranya adalah kes pembunuhan kejam, penculikan, rogol dan pelbagai lagi jenayah berat. Apa kaitannya perihal ‘Pemikiran Kritis‘ ini dalam perkara-perkara yang disebutkan.
Untuk pengetahuan, pemikiran secara kritis berdasarkan hujahan dan logikal berkait rapat dalam intitusi perundangan mahupun seharian. Dalam institusi perundangan ianyanya diguna pakai oleh pihak peguambela dalam mempertahankan anak guamnya manakala pihak pendakwa selaku yang memfailkan kes serta mengaitkan pihak defendan terhadap kes tersebut.
Ianya memain peranan yang sangat hebat di dalam institusi tersebut. Bagi yang sangat mahir dalam bidang pemikiran secara kritis mampu mempengaruhi sekeliling serta mempertahankan hak seseorang. Contohnya seorang peguam yang cuba menimbulkan sesuatu keraguan terhadap bukti sesuatu kes di mahkamah. Andainya dia berjaya menimbulkan sesuatu yang bertentangan mahupun menimbulkan suatu keraguan walaupun satu perkara  terhadap bahan bukti tersebut, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai tidak munasabah dan boleh digugurkan.
Namun yang demikian, dari pemahaman saya berkenaan pemikiran kritis, ada beberapa kes terkini yang menarik perhatian saya. Mengapa saya berpendapat begitu? Ini kerana pada peringkat siasatan dan proses pengumpulan bahan bukti telah mula timbulkan keraguan ke atas fakta pengakuan saksi utama yang juga antara tertuduh kes tersebut. Ianya akan dipertikaikan oleh pihak ‘defendan’ di mahkamah bahawa saksi berbohong dan sebagainya.
Sebagai contoh, Ali dituduh mencuri motosikal. Dalang utamanya adalah Abu. Ali yang mula-mula ditahan pihak berkuasa telah membuat pengakuan sepenuhnya dan menunjukkan lokasi kecurian berlaku. Motosikal yang dicuri telah dimusnahkan dengan tujuan untuk menutup bahan bukti. Bukti penemuan motosikal yang telah dimusnahkan itu disahkan dan diumum kepada media serta direkod sebagai bahan bukti. Pada masa yang sama Abu juga telah ditahan tetapi tidak membuat sebarang pengakuan bersalah dicatatkan. Fakta hujahan Ali telah direkodkan dan boleh diguna sebagai fakta dimahkamah. Tidak seberapa lama pihak berkuasa menjalankan siasatan, motosikal yang sebenarnya tidak dimusnahkan hanya disorokkan disuatu tempat namun Ali tetap mengaku bahawa telah memusnahkan motosikal tersebut.
Dengan terjadinya perkara sebegini, fakta dari hasil keterangan Ali tadi boleh menimbulkan keraguan dan ianya akan bertambah lebih rumit apabila pihak defendan mempertikaikan kesahihan keterangan saksi serta bahan bukti tersebut yang mana dikemukan oleh pihak pendakwa. Kesudahannya, jelas ternyata bahawa kes sedemikian tidak releven serta menimbulkan keraguan munasabah dan kemungkinan besar kesudahannya Abu digugurkan dari kes tersebut.
Itulah hasil daripada pemikiran yang kritis yang berasaskan idealogi, hujahan yang disokong oleh fakta asal yang mana ianya mampu diguna pakai untuk menegakkan kebenaran mahupun sebaliknya.
p/s: Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Hambanya akan diadili dan dihisab amalannya di akhirat kelak. Mata, mulut, tangan, telinga dan pelbagai lagi anggota tubuh manusia itulah yang akan bersuara serta menjadi saksi mengenai segala amalannya di dunia.


Based on this video, it tell us that, critical thinking need skills, active, interpretation, evaluation of observations,
communication, information and argumentation.
Critical thinking provides a checklist to check the logic of an argument or statement. :)



Teruslah berfikir secara kritis dan kreatif :) 








Some example of critical thinking skills :





Thinking critically and applying logical frameworks involves consciously observing, analyzing, synthesizing, evaluating, and problem solving according to well-tested standards.  In this course, the basic knowledge needed for critical thinking is introduced.  The results of this process are further evaluated according to standards for clarity, accuracy, relevance, reliability, and fairness.  Thinking skills are then exercised through observation, analysis, and problem solving.
Given the technological and informational revolution, there are ever increasing amounts of information available in most areas of industry and business.  Through this course, the student develops strategies to evaluate the sources and appropriateness of the information, develops creative alternative solutions, and chooses, implements, and evaluates alternatives.  The inclusion of a collaborative report and presentation prepares students for work in teams.

Given the needs of business and industry, and of society as a whole, the skills associated with logic and critical thinking are essential.  Logic and critical thinking are subjects that go well together and are generally and easily grouped together in an introductory class.  The skills of logical and critical thinking are conducive to a student's ability to learn, change, and adapt to new and challenging situations.


ATTRIBUTES OF A CRITICAL THINKER !!!

  • asks pertinent questions 
  • assesses statements and arguments 
  • is able to admit a lack of understanding or information 
  • has a sense of curiosity 
  • is interested in finding new solutions 
  • is able to clearly define a set of criteria for analyzing ideas
  • is willing to examine beliefs, assumptions, and opinions and weigh them against facts 
  • listens carefully to others and is able to give feedback 
  • sees that critical thinking is a lifelong process of self-assessment 
  • suspends judgment until all facts have been gathered and considered 
  • looks for evidence to support assumption and beliefs 
  • is able to adjust opinions when new facts are found 
  • looks for proof 
  • examines problems closely
  • is able to reject information that is incorrect or irrelevant 

 Ferrett, S. Peak Performance (1997).


 RUJUKAN :




No comments:

Post a Comment