Saturday 17 December 2011

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK (A135859) & (A135970)

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK




Daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’
Ini bermakna dalam pemikiran kritis perlu membuat pertimbangan baik buruknya sesuatu dan tidak menerimanya secara bulat-bulat.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS:
1. Tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara.
2. Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius
3. Melibatkan 3 jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian.
4.Penghujahan adalah aspek  utama.
5. Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logic.

KATEGORI PEMIKIRAN KRITIS :
1.Pemikiran kritis rendah : kognitif
2. Pemikiran kritis tinggi : kognitif & meta kognitif

SIFAT PEMIKIRAN KRITIS :
1. Analitikal
2. Pragmatik
3. Objektif-ketepatan
4. Proaktif
5. Tidak berat sebelah
6. Konsisten
7. Berdisiplin dan beretika

KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS :
1. Menjadi lebih matang
2. Bersifat objektif dalam membuat keputusan
3. Sensitif dan prihatin
4. Berjiwa besar, yakin, berani
5. Berhemah dan bertanggungjawab
6. Ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
7. Tidak mudah dipengaruhi

LOGIK

Logik ??
Pemikiran logik dalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancang sesuatu perkara.
Logik = daripada perkataan Yunani, “logos” yang bermaksud pengucapan, pernyataan, pemikiran, dan pemikiran akal iaitu sebab.

3 PRINSIP ASAS LOGIK :
1. Prinsip identity
2. Prinsip pertengahan
3. Prinsip kontradiksi / percanggahan

Logik :
1. Deduktif = menyatakan kesimpulan daripada yg umum kpd yang khusus.
2. Induktif = menyatakan kesimpulan daripada yg khusus kpd yg umum.

Membuat Hujahan :
Hujahan merupakan satu set pernyataan yang menentukan kesimpulan berdasarkan oleh premisnya.
Mesti diakhiri dengan kesimpulan di bahagian akhir.

MINDA = 1 aktiviti bukan fizikal
Konsep Dualisma Minda :
1. Minda terancang : Apa yang difikirkan, akan boleh dilakukan
2. Minda terpendam : Diluar kawalan
Peta minda : mengaitkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.
                      : kreatif
                     : tidak lebih daripada 2 perkataan

PENYELESAIAN MASALAH

“ Mengelakkan masalah adalah lebih penting dalam penyelesaian masalah. Selain daripada menyelesaikan masalh, anda boleh pergi ke penghujung dan mengubahnya untuk mengelakkan ia berlaku pada tempat yang sama” – Edward de Bono-

“ Masalah yang mustahil diselesaikan ialah apabila kita melihat bahawa masalah adalah sesuatu yg berat utk diselesaikan” – Robert Schuller-

PROSES MENYELESAIKAN MASALAH :
 Menyedari masalah --- Memahami masalah --- Meneroka pilihan penyelesaian --- Meninjau kesan akibat pilihan --- Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH :
1. Algoritma
2. Heuristik
3. Submatlamat (subgoals)

KREATIVITI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH :

“ Merumuskan masalah adalah jauh lebih penting daripada menyelesaikan masalah yg hanya memerlukan kemahiran matematik dan uji kaji. Untuk menimbulkan persoalan dan kemungkinan baru yang merujuk kepada masalah lama, ia memerlukan kretiviti dan imaginasi yg tinggi bg menandakan kemajuan dunia sains sebenar. “ – Albert Eisntein-

Setiap masalah yang dihadapi akan terkandung di dalamnya benih penyelesaiannya. Oleh itu, kita harus memikirkan dan mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi masalah tersebut. Prinsip ketekunan harus digunakan dalam berfikir dengan  penuh bersemangat dan menggunakan pendekatan yang positif. Pemikiran kritis ada pada setiap individu. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala tuju berfikir dan pada masa yang sama dapat member fokus apa yang sedang difikirkan. Menerusinya akan lebih defensive, ofensif, provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya dari sumber yang benar dan sahih. Ini kerana kesilapan boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. Logik adalah salah satu daripada konsep yang turut digunakan. Begitu juga dengan silogisme, kerana secara tidak sedar kita telah pun mempraktikkannya. Setiap penyataan yang diluahkan daripada mulut bukan sahaja terkandung satu-satu perkataan sahaja,malah idea-idea akan dijana lalu hujah dikemukakan. Kata pepatah tepuk dada tanya selera, terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakan bentuk bentuk penyelesaian masalh yang sesuaidengan keadaan masalah yang dihadapi. Kita jugak boleh memilih untuk menyelesaikan masalah melalui emosi, rohani, intuitif, pemikiran reflektif, atau melalui pengalaman lalu. J J















No comments:

Post a Comment