Saturday 17 December 2011

Bab 2: Ciri-ciri Pemikiran Kritis by saw phin khye A136315

PEMIKIRAN KRITIS
Ciri-Ciri Pemikiran Kritis
1. Reaktif
    Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap peristiwa yang berlaku.

2. Menilai
    Berfikiran secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan bilai yang mereka jadikan panduan hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan.
     Perkara yang menjadi fokus penilaian adalah seperti berikut :
        a ) Apa yang baik?
        b ) Apa yang salah?
        c ) Apa yang buruk?
        d ) Apa yang hina?
        e ) Apa yang halal?
        f ) Apa yang haram? dan sebagainya.

3. Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui
    Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas fakta dan alasan yang munsabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman seseorang tersebut. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan.

Contoh-Contoh Kemahiran Pemikiran Kritis
Membanding dan membeza
Membanding dan membeza melibatkan keupayaan mengesan pelbagai bentuk persamaan dan perbezaan di antara dua atau lebih objek, perkara, organisma, institusi atau idea. Kemahiran ini penting bagi mencapai tujuan yang spesifikasi. Membanding dan membeza menyebabkan kita sentiasa terlibat dalam menganalisis ciri-ciri yang sepadan dengan ciri-ciri yang tidak sepadan, membandingkan di antara ciri-ciri yang ada persamaan dan perbezaan dengan sesuatu item atau objek, dan cuba merangka implikasi dan analisis tersebut. Semasa kita membuat keputusan yang kritis, kita sebenarnya akan lebih memahami hal yang kita perbandingkan itu. Dikatakan demikian kerana setiap aspek yang dianalisis telah diberi pertimbangan dan wajaran yang setimpal. Kita juga dapat menjelaskan sebarang kekusutan yang mungkin kita sedang alami. Selain daripada itu, dalam proses membandingkan dan membeza, kita sebenarnya terlibat dalam pemikiran yang lebih kompleks seperti memberi sebab musabab.

KESILAPAN-KESILAPAN YANG BIASA KITA LAKUKAN APABILA   MEMBANDING DAN MEMBEZA
1. Kita hanya mengenal pasti beberapa ciri persamaan dan perbezaan.
2. Kita hanya mengenal pasti cii-ciri yang umum sahaja ( tidak terperinci ).
3. Kita membuat pertimbangan yang umum dan kurang tepat.
4. Kita tidak cuba menduga kemungkinan atau implikasi dari persamaan dan perbezaan.
Secara mudah kemahiran ini digunakan apabila :
    a ) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
    b ) Membuat pilihan atau keputusan.

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN
1. Perhatikan satu antara dua atau lebih objek.
2. Cuba kenalpasti satu daripada objek itu.
3. Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
4. Nyatakan ciri tersebut, sama ada sama atau berbeza.
5. Kemukakan pertanyaan-pertanyaan seperti berikut :
    a ) Bagaimana ia serupa?
    b ) Bagamana ia berbeza?
    c ) Apakah persamaan dan perbezaan yang paling ketara?
    d ) Bagaimana kita boleh kategorikan persamaan dan perbezaan tersebut?
    e ) Apakah rumusan tafsiran atau keputusan yang boleh dibuat dari ciri-ciri persamaan dan
         perbezaan yang ketara tadi?

CONTOH : Cuba anda membuat pemerhatian terhadap basikal dan motosikal dan kemudian
                    senaraikan persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara kedua-duanya.



rujukan: http://www.starbacks.ca/CapeCanaveral/Galaxy/1483/pemikiran_kritis.html  
                                                                    

No comments:

Post a Comment