Friday 16 December 2011

Bab 1 : kemahiran komunikasi A136599

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

DARI SEGI HUBUNGAN INSAN DAN KEMASYARAKATAN
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki
mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu.
        pemahaman dan pengetahuan tentang konteks adalah perlu untuk
                membantu kita memahami tingkah laku orang lain.
        justeru dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan
               tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secara lebih terperinci.
Terdapatnya kaitan antara sains, psikologi dan hubungan insan.
       Kemahiran dalam hubungan dengan orang lain bergantung kepada
               kefahaman kita tentang psikologi, iaitu ilmu tentang pemikiran,
                perasaan dan tingkah laku orang lain.
Aspek budaya mempengaruhi tingkah laku seseorang.
        perbezaan budaya dilihat sebagai salah satu faktor yang dapat
                menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada
                latar belakang budaya yang berlainan.

DARI SEGI AKADEMIK
Kemahiran ini amat penting dalam hubungan dengan para pensyarah.
        dapat memperlihatkan sikap yang positif terhadap tanggungjawab sebagai
                seorang mahasiswa.
        tidak boleh berinteraksi menggunakan bahasa slanga atau bahasa
                rojak apabila bercakap atau berbual dengan pensyarah atau apabila
                menghubungi mereka melalui SMS.
Tugasan individu yang diberikan kepada mahasiswa dapat melatih mereka
berkomunikasi apabila mereka mahu bertanya kepada orang lain dalam
menyiapkan tugasan tersebut.
Tugasan berkumpulan pula yang diberikan kepada mahasiswa
memerlukan kemahiran mereka berkomunikasi dengan orang lain, dan
juga kemahiran interpersonal, serta melatih mahasiswa mendengar dan
memahami orang lain, dan menuntut mereka bersabar dengan perangai
orang lain.

DARI SEGI KERJAYA
Melamar pekerjaan memerlukan anda menguasai kemahiran
berkomunikasi dengan baik.
        kebolehan menulis surat permohonan pekerjaan.
        kebolehan menulis sebuah resume atau ‘curriculum virtae’ yang menarik.
Bakal majikan juga sering melihat kebolehan berkomunikasi.
         Penguasaan Bahasa Inggeris adalah suatu yang wajib di zaman ini.
         penguasaan bahasa lain juga dapat membantu.
         penguasaan bahasa bermakna anda dapat berkomunikasi sama ada
                 secara lisan mahupun tulisan.
Mesti bersedia menguasai beberapa lagi bentuk penulisan yang biasanya
terdapat dalam alam pekerjaan. Contonya, surat rasmi, memo, surat
perniagaan, minit mesyuarat, laporan serta beberapa bentuk penulisan
dokumen yang lain.

RUMUSAN : memahami kepentingan komunikasi adalah penting bagi memudahkan penyampaian sesuatu maklumat adalah jelas dan padat di samping penerimaan maklumat dengan baik dan memahaminya.
RUJUKAN : modul pembangunan diri.

No comments:

Post a Comment