Friday 16 December 2011

BAB 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI (KUMP - A136378 & A136599)

* FEEL FREE TO CLICK THE LINK BELOW FOR THE SUMMARY OF THIS CHAPTER :) *






SINOPSIS TUGASAN SKETSA


Situasi bagi kumpulan kami ialah hubungan insan/kemasyarakatan. Kami ingin membuat persembahan secara rakaman video. Format persembahan video kami ialah, kami telah membahagikan kepada dua versi, iaitu versi satu ( komunikasi tidak berkesan) dan versi dua (komunikasi berkesan). Tema yang telah kami pilih ialah berkenaan dengan hubungan sesama jiran yang berlainan bangsa dan agama.

Sinopsis versi 1 (Komunikasi tidak berkesan)

Dalam sebuah kawasan perumahan, terdapat dua buah keluarga yang sudah lama hidup berjiran,iaitu sebuah keluarga berbangsa Melayu,dan sebuah keluarga berbangsa Cina. Dua buah keluarga tersebut tidak mempunyai hubungan dan komunikasi yang berkesan, menyebabkan sering berlaku salah faham antara mereka. Pada suatu hari, kucing peliharaan keluarga berbangsa Melayu telah hilang dan mereka puas mencari di sekeliling kawasan perumahan tersebut. Anak-anak keluarga berbangsa Cina yang sedang bermain-main di taman permainan di kawasan perumahan tersebut telah terjumpa dengan kucing yang hilang itu, lantas menyerahkan kucing itu kepada ayah mereka. Mereka mengenali kucing tersebut merupakan kepunyaan jiran mereka,iaitu keluarga Melayu tersebut. Mereka sekeluarga pun pergi ke rumah keluarga jiran mereka itu untuk memeulangkan kucing tersebut. Namun, keluarga Cina tersebut yang sememangnya tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu, telah menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan jiran mereka. Tercetuslah salah faham antara dua buah keluarga tersebut apabila keluarga Melayu menyangka bahawa jiran mereka itu telah mencuri kucing mereka. Manakala,keluarga Cina pula menghadapi masalah untuk menjelaskan situasi yang sebenar. Situasi ini menunjukkan akibat daripada masalah komunikasi yang tidak berkesan dalam hubungan sesama jiran.

Sinopsis versi 2 ( Komunikasi berkesan )

Dalam sebuah kawasan perumahan yang sama, terdapat lagi dua buah keluarga Melayu dan Cina yang hidup berjiran. Mereka hidup dengan rukun dan damai, saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan budaya. Mereka mempunyai semangat kejiranan yang tinggi dan penuh nilai budi bahasa. Keluarga Cina tersebut tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan jiran mereka yang berbangsa Melayu dan mereka juga dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu. Pada suatu hari, kucing peliharaan keluarga berbangsa Melayu telah hilang dan mereka puas mencari di sekeliling kawasan perumahan tersebut. Keluarga Cina telah terjumpa dengan kucing tersebut dan menyerahkan semula kepada jiran mereka. Tiada masalah perselisihan faham yang timbul kerana komunikasi yang berkesan antara mereka.



No comments:

Post a Comment