Sunday 18 December 2011

Bab 3 Ringkasan (Kerja Kumpulan)

Bab 3 Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan
Pengenalan
Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi sering berkait rapat dengan pemimpinnya. Organisasi sering mencari pekerja yang memiliki ciri-ciri kepimpinan supaya meningakatkan daya persaingan antara satu sama lain.

Konsep Kepimpinan
a)    Konsep kepimpinan dari perspektif islam
-       Berasaskan amanah dan taqwa.
-       Satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat hidup yang sesuai dengan kehendak Allah.
-       Individu yang dilantik sebagai pemimpin mestilah memimpin ummah ke arah yag betul dan baik dan member khidmat yang baik kepada masyarakat.
-       Tidak mementingkan diri sendiri,berebut kuasa,terlibat dalam penindasan,keangkuhan,tamak kuasa ,korupsi dan sebagainya.

b)    Konsep kepimpinan barat
-       Melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.
-       Berorientasikan keadaan yang berubah- ubah dan memberi fokus kepada pencapaian matlamat semasa dalam aspek kehidupan.
-       Kepimpinan bergantung kepada situasi, iaitu perangai dan kelakuan pemimpin berubah- ubah mengikut keadaan dan menjadi relatif.
-       Kepimpinan barat adalah kuasa,pengaruh,pemimpin,pengikut dan juga beberapa faktor yang lain.

Definisi Kepimpinan
1.    Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya ( Bennis 1959).
2.    Mengarah atau menyelaras kerja- kerja ahli kumpulan ( Fiedler 1967).
3.    Merobah pengikut,membentuk visi dan matlamat yang mungkin boleh dicapai,dan dapt menerangkan dengan jelas.
4.    Terlibat dalam tindakan-tindakan yang menfokuskan sumber.
5.    Melibatkan aspek perancangan,penyusunan organisasi serta member motivasi.


Faktor utama yang terdapat dalam kepimpinan:
a)    Pemimpin: Seorang yang tahu siapakah dirinya sendiri, kekuatan dan kelemahan dirinya.
b)    Pengikut: Seorang anggota organisasi yang dipimpin dan juga seorang yang dipengaruhi oleh pemimpin untuk mencapai matlamat oraganisasi.Kadang-kala ,mereka perlu melaksanakan peranan pemimpin  untuk berkongsi maklumat.
c)    Komunikasi: Pemimpin perlu menyampaikan idea beliau dan menyakinkan pengikut untuk menerima idea yang dibawa dan seterusnya memotivasikan mereka untuk menyokong dan melaksanakannya melalui berbagai-bagai tindakan.Pada masa yang sama,pemimpin perlu memberi perhatian kepada kata-kata yang digunakan,nada suara,aspek fizikal semasa berkomunikasi.
d)    Situasi: Situasi kerap bertukar suasana dan tidak pernah stastik. Pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan mengaplikasi tindakan yang sesuai menurut masa, tempat dan upaya anggota.
Tiga perkara yang penting dalam kepimpinan berkesan:
-       Menetapkan halatuju organisasi ,iaitu tugasan yang perlu dicapai berdasarkan keutamaan.
-       Mengaplikasi pengetahuan dan menguasai kemahiran.
-       Mempunyai berbagai-bagai kemahiran,seperti kemahiran mentadbir and mengurus,kemahiran interpersonal dan kemahiran mengkonsepsi.


Teori Kepimpinan
      I.        Teori Tret
-       Berasaskan andaian bahawa pemimpin mempunyai tret atau sifat tertentu seperti kepintaran dan tahap keyakinan diri yang dilahirkan tetapi bukan dibentuk, dipelajari atau diberikan latihan.Sifat-sifat ini membezakan mereka dari bukan pemimpin .
-       Mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut dan diri pemimpin sendiri.
-       Pemimpin hendaklah mempunyai semangat dalaman bahawa dia seorang yang berorientasikan pencapaian objektif organisasi.
-       Mampu dan sentiasa membuat tinjauan tentang peluang.
-       Yakin, mengamalkan Shura, berpengetahuan, petah adil dan sabar.
-       Mempunyai kawalan diri dalaman.
-       Mempunyai orientasi ke arah pembaikan.
-       Bersikap optimis
-       Mempunyai sifat penggalak
-       Sikap toleransi
-       Memberi motivasi kepada anggota pasukan yang lain.

    II.        Teori Tingkah Laku
-       Tingkah laku pemimpin semasa berinteraksi dengan pengikutnya adalah                                penentu kepada keberkesanan pemimpin.
-       berasaskan andaian bahawa pemimpin boleh dilatih.
-       Inti pati kajian ini adalah mengenal pasti cara atau gayaa terbaik untuk memimpin
-        Kajian Universiti Ohio oleh Edwin Fleishman dan Ralph Stodgill menekankan struktur pemula dan bertimbang rasa.
-       Kajian University Michigan menemukan oreintasi subordinat dan orientasi pengeluaran.
-        Kajian University Iowa oleh Kurt Lewin dan rakan-rakan menfokuskan gaya kepimpinan,iaitu gaya autokratik,gaya turut setia demokratik dan gaya laissez-faire atau bebas.
c) Teori Kontigensi
- Menganjurkan bahawa gaya kepimpinan yang berkesan dalam sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai atau Berjaya bagi keadaan yang lain dan perlu berubah mengikut situasi.Maka,faktor situasi amat penting dalam membincangkan hal kepimpinan.
-       Teori kontigensi Fiedleri
      I.        Kepimpinan berorientasikan tugas
    II.        Kepimpinan berorientasikan hubungan
-       Model Kepimpinan Bersituasi:Kepimpinan yang nerjaya berasaskan kematangan pengikut.
-       Teori Laluan Maklumat:Menerangkan cara pemimpin mempengaruhi pengamatan orang bawah terhadap matlamt kerja.
d) Teori Kontemporari
- Teori Kognitif:Menerangkan bahawa pemimpin perlu menggunakan sumber kognitifnya seperti kecerdasan,kecekapan teknikal atau pengetahuan tugas dalam apa jua situasi.
- Teori Karismatik:Pemimpin yang karismatik dikatakan mempunyai cirri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi,berperngaruh dan kesungguhan.
- Teori Kepimpinan Transaksi dan Transformasi
Kepimpinan Transaksi: Pemimpin merupakan seorang manipulator dan memanipulasikan kebergantungan pengikut demi kepentingan peribadinya.
Kepimpinan Transformasi:Pemimpin merupakan tokh besaar yang member pandangannya tanpa soal jawab dengan tidak menggalakkan perkembangan daan kreativiti pengikut.
Prinsip Kepimpinan ( Perspektif Barat)
-       Satu huraian yang merupakan garis panduan asas apabila pemimpin hendak melaksanakan fungsi mereka.
-       Memahami diri sebagai pemimpin dengan pasti apakah kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
-       Menguasai kemahiran teknikal seperti kemahiran computer.
-       Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan terima tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri.
-       Berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cekap.
-       Menjadi teladan yang boleh diikuti
-       Memahami anggota pasukan
-       Memastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu
-       Mewujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain.
-       Memastikan aggoaata faham akan langkah-langkah mencapai matlamat.
-       Memberi peluang latihan kepada anggoat sebagai sebuah pasukan.
-       Menggunakan secara maksimum kebolehan anggota.

Prinsip Kepimpinan ( Perspektif Islam)
-       Berteraskan kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada pencipta, yakin Allah S.W.T.
-       Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah dan risalah yang mempunyai kesinambungan dengan tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul.
-       Memberikan,memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan dengan organisasi dan pengikut mereka.
-       Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka.
-       Mewujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang.
-       Menyediakan ruang dan mengalu-alukan pandangan yang  membina
-       Pemimpin memulakan, memimbing dan mengawal perubahan demi mencapai objektif yang ditetapkan.
-       Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan

Fungsi Pemimpin
1.    Fungsi tugasan: Mengetuai pasukan supaya memberi focus.
2.    Fungsi kumpulan: Membina semangat memastikan kumpulan bergerak member galakan.
3.    Fungsi terhadap individu: Mengawal anggota yang terlalu aktif atau agresif.

Membangunkan Kemahiran Kepimpinan
1.    Kemahiran mentadbir atau mengurus: Seseorang pemimpin dikehendaki untuk melaksanakan matlamat dan tujuan organisasi.
-       Mengurus manusia
-       Mengurus sumber
-       Mengurus kompetensi teknikal
2.    Kemahiran interpersonal: Kemahiran menangani manusia yang membantu pemimpin untuk bekerja secara berkesan dengan subordinat untuk mencapai matlamat organisasi.
-       Sensitif kepada persekitaran social dengan menyedari apa-apa yang dipentingl=kan oleh subordinat
-       Menunjukkan kepintaran emosi
-       Mengurus konflik interpersonal:Differentiation,Fractionation,Face saving
3.    Kemahiran mengkonsepi: Melibatkan pemikiran atau aspek kognitif dalam kepimpinan.
-       Menyelesaikan masalah
-       Perancangan strategik
-       Mencipta wawasan

 Pembangunan Kepimpinan Melalui Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan yang berjaya memerlukan sikap setiakawan dan sikap bekerjasama.

Definisi dan Konsep
Merupakan pendekatan kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli,mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenaga yang baru.
Perbezaan antara Kerja Berkumpulan dan Kerja Berpasukan
-       Kerja berkumpulan terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan dalam satu kumpulan manakala kerja berpasukan terdiri daaripada individu yang melaksanakan tugas bersama dan berusaha mewujudkan suasana kerja yang lebih harmonis.
-       Kerja kumpulan mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama manakala kerja berpasukan mempunyai satu matlamat yang sama.

Semangat Kerja  Berpasukan dalam Budaya Timur
-       Berasaskan konsep kerjasama ,tolong-menolong dan bermuafakat
-       Memupuk sikap bekerjasama bagi melahirkan budaya kerja berpasukan yang berkualiti.
Teori Kerja Berpasukan
Teori Belbin:Plant,Monitor Evaluator,Coordinator,Resource Investigator  , Pelaksanaan,Pelengkap dan Penamat,Ahli Pasukan,Pembentuk dan Pakar.
Teori Hieraki Keperluan:Manusia tidak akan bergerak ke tahap seterusnya jika tahap asas penakatan tidak dipenuhi.
Teori X:Berkaitan dengan pandangan tradisi mengenai arahan dan kawalan.
Teori Y:Menjurus kepada tenaga kerja yang boleh bekerja sendiri tanpa arahan.
Cabaran kepada Kerja Berpasukan
      I.        Forming:Pasukan dibentuk dan tugas diagihkan,tetapi ahli pasukan tidak mengenali satu sama lain.
    II.        Mencambah:Pencanggahan idea tercetus.
   III.        Norma:Pasukan mungkin menjadi relaks dan mereka kehilangan daya kreativiti dan daya usaha.
  IV.        Performing:Tidak semua pasukan akaan mencapai tahap ini.
   V.        Penamatan:Pembubaran kerja berpasukan mungkin tercetus jikaa mereka mengalami perubahan.
Kelebihan dan Faedah Kerja Berpasukan
-       Memupuk Sikap Bekerjasama
-       Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah
-       Sumber Manusia Lebih Produktif
-       Membina Komitmen
-       Komunikasi Berkesan
-       Berkualiti
-       Semangat dan Motivasi
-       Mengurangkan Tenaga dan Kakitangan
-       Kepuasan Bekerja
Ciri-ciri Kerja Berpasukan
      I.        Kepimpinan Ketua:Kerja berpasukan selalunya dipimpin oleh seorang ketua yang berwibawa
    II.        Keanggotaan Ahli:Ahli sentiasa digalakkan supaya aktif membuat perancangan dan tindakan yang diambil.
   III.        Rangkaian Hubungan:memupuk jalinan hubungan antara ahli-ahli pasukan dan ketua pasukan ynag mantap
  IV.        Cara penyelesaian masalah:Apabila berhadapan dengan masalah,semua ahli pasukan bersama untuk menyelesaikan masalah tersebut.
   V.        Mencapai Matlamat:Ketua dan ahli bergerak kea rah tujuan yang sama.

No comments:

Post a Comment