Monday 19 December 2011

BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT by A136378






Pembelajaran sepanjang hayat ditekan


PULAU PINANG 19 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan memberikan penekanan terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat kerana ia berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan.
Menurut Perdana Menteri, melalui pendekatan berkenaan, kerajaan percaya ia dapat memperkayakan jiwa dan minda dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti.


“Dalam membangunkan modal insan, salah satu pendekatan utama yang ingin kita tekankan adalah konsep pembelajaran sepanjang hayat malah Kementerian Pengajian Tinggi telah memulakan pelbagai program untuk mewujudkan satu prasarana dan persekitaran pengajian yang lebih baik mutunya.


“Ini secara langsung akan bawa kepada kejayaan dan bila kata kita perlu meningkatkan mutu, maksud saya ialah kita perlu menambah nilai bagi menghadapi dunia yang penuh cabaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) di sini, hari ini.
Hadir sama ialah penasihat parti Gerakan yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Menteri merangkap pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Canselor Universiti Terbuka Wawasan, Tun Dr. Lim Chong Eu.


WOU tajaan Parti Gerakan menawarkan 11 program ijazah sarjana muda, enam di bawah Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran (FPP) manakala selebihnya di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Sekarang ini, WOU mempunyai lima cawangan di seluruh negara merangkumi Pulau Pinang (kampus utama), Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bharu. Pada tahun ini, tiga cawangan baru akan dibuka di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.


Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu supaya peluang pendidikan dibuka seluas-luasnya kerana ia penting untuk membekalkan ilmu terkini kepada masyarakat.


“Dengan adanya ilmu terkini, maka rakyat akan menjadi tenaga kerja yang berkemampuan untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara.


“Bagi mereka yang bekerja pula, kita galakkan mereka supaya menambah ilmu kerana persekitaran kerja boleh berubah secara dramatik disebabkan oleh penciptaan teknologi terkini,” katanya.


Pada majlis berkenaan juga, Perdana Menteri turut mengumumkan dana sebanyak RM20 juta untuk tabung WOU.
Sementara itu Abdullah sempat meluangkan masa kira-kira dua jam untuk makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel di sini.


dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm




Konklusinya... Pembelajaran tidak terhad dalam sesuatu lingkungan umur, malah, pembelajaran perlu diamalkan dalam setiap lapisan masyarakat, sedari lahir sehinggalah ke alam hari tua. Berusahalah mencari ilmu selagi kudrat dikurniakan dan akhir kata daripada saya... 



:D semoga semua orang mendapat manfaat daripada post ini! 

Happy Study and Good Luck for final friends! :)


p/s : Encik Affian, terima kasih banyak-banyak!! 


No comments:

Post a Comment