Monday 19 December 2011

Bab 4 LITERASI MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT A136234

 Literasi Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Dengan sumbangan dari
 ________________________________________________________________________
Literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat berhubungan secara strategik dan
saling memperkukuh di antara satu sama lain. Dalam masyarakat maklumat global, ini
amat penting bagi kejayaan setiap individu, organisasi, institusi, dan negara. Paling ideal
sekali, kedua-dua paradigma moden ini  harus dimanfaatkan bersama-sama secara
simbiotik dan sinergi, jika manusia mahukan kelangsungan hidup dan berjaya bersaing
pada abad ke-21 dan seterusnya.
Hubungkait kedua-dua konsep.  Kedua-dua konsep ini:
• Kebanyakannya adalah mendorong-kendiri dan terarah-kendiri.  Ia tidak memerlukan
seorang individu, sebuah organisasi, atau  suatu sistem luar, untuk menjadi orang
tengah melebihi individu itu sendiri, walaupun nasihat dan bantuan daripada seorang
rakan yang dihormati seperti seorang mentor atau pembimbing, dapat membantu.
• Adalah menurunkan-kuasa-kendiri.  Ia bertujuan membantu individu dari setiap
kumpulan umur untuk menolong diri mereka sendiri, tanpa mengira status sosial atau
ekonomi, peranan, atau tempat di dalam masyarakat, jantina, bangsa, agama atau latar
belakang etnik.
• Adalah menjadi-benar-kendiri.  Lebih celik maklumat seseorang itu, dan lebih lama
beliau mengekalkan pembelajaran literasi  maklumat dan mengamalkan tabiat baik
tersebut, semakin besar kesedaran-kendiri yang akan berlaku, terutamanya jika
diamalkan sepanjang kehidupan.
Secara teorinya, seseorang itu boleh meneruskan matlamatnya untuk menjadi lebih celik
maklumat, tetapi bukan sepanjang kehidupannya.  Sebaliknya, seseorang itu boleh
meneruskan matlamat pembelajaran sepanjang hayat tanpa terlebih dahulu menjadi celik
maklumat. Bila konsep ini diletak berasingan, tiada mana-mana saluran yang dapat
memaksimakan sepenuhnya potensi seseorang individu itu demi “mempelajari untuk
belajar.”
Literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.  Literasi maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat yang dimanfaat bersama membawa peningkatan besar 
kepada: 
• Set pilihan dan opsyen peribadi yang terbuka dan ditawar kepada seseorang individu
dalam konteks hal peribadi, keluarga dan kemasyarakatan
• Kualiti dan kebergunaan pendidikan dan latihan di dalam suasana rasmi sekolah
sebelum memasukki tenaga kerja, dan kemudiannya dalam suasana vokasional tidak
formal atau pada latihan-dalam-kerja
• Peluang mencari dan mendapat pekerjaan yang memuaskan dan memanjat tangga
kerja  dengan cepat dengan menerima ganjaran sewajarnya, dan membuat keputusan
yang bijak dan berkesan dari segi kos mengenai ekonomi dan perniagaan
• Penyertaan berkesan individu tersebut dalam konteks sosial, kebudayaan, dan politik,
di kedua-dua peringkat komuniti setempat dan lebih tinggi lagi, dan ketika
mengenalpasti dan memahami matlamat dan aspirasi profesional
Literasi maklumat adalah satu “set kemahiran” yang boleh dipelajari.  Set kemahiran itu
termasuk satu sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri; penggunaan alatan, seperti
tutorial dalam talian; penggunaan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan; dan
penggunaan kaedah, seperti pergantungan kepada para mentor; pembimbing; dan
omsbudman.
Sebagai perbandingan, pembelajaran sepanjang hayat adalah satu tabiat baik yang mesti
diperolehi dan diiringi dengan penerimaan satu rangka minda yang positif.  Kesediaan
untuk berubah dan satu sifat ingin tahu atau dahagakan pengetahuan adalah pra-syarat
yang amat membantu untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Perpustakaan dan pustakawan sebagai rakan dalam sebuah pasukan literasi maklumat/
pembelajaran sepanjang hayat.  Ini adalah sebuah dokumen IFLA, dan jelas sekali IFLA
memberi tumpuan kepada perpustakaan dan para pustakawan.  Namun demikian, tugas
untuk meletakkan satu program literasi maklumat/pembelajaran sepanjang hayat
ditempatnya tidak boleh dilakukan secara eksklusif oleh para pustakawan di
perpustakaan.  Tugas berat ini tanggungjawab kesemua komuniti pembelajaran: para
guru, fakulti, ibu-bapa, pelajar dan masyarakat amnya.  Sebuah pasukan harus dibentuk,
terdiri dari rakan-rakan yang dikenalpasti boleh bekerja dengan para pustakawan. 
Sebagai contoh, dalam konteks perpustakaan  sekolah, pasukan perkongsian ini boleh
memasukkan seorang atau lebih guru, seorang pakar dari luar, seorang kaunselor sekolah
dan mungkin yang lain-lain.  Dalam konteks  perpustakaan awam, campuran pasukan
perkongsian ini akan berbeza sedikit.
Perpustakaan dan pustakawan sebagai  agen perubahan literasi maklumat.  Literasi
maklumat penting melewati bidang perpustakaan dan kepustakawanan.  Oleh itu para
pustakawan boleh menjadi agen perubahan untuk membantu bidang-bidang lain
memajukan dan meletakkan dasar, program dan projek literasi maklumat mereka.  Dalam
konteks ini, pustakawan boleh menjadi sebagai pakar perunding dan tidak harus berasa
segan untuk menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang-bidang lain.  Sebagai
contoh, dalam konteks syarikat persendirian,  literasi maklumat/pembelajaran sepanjang
hayat itu penting kepada seluruh syarikat,  bukan sahaja kepada  para pustakawan dan
profesional maklumat lain.  Para pustakawan harus memainkan peranan perundingan
untuk membantu jabatan-jabatan dan unit-unit di dalam syarikat tersebut memajukan
program literasi maklumat mereka sendiri.  Ini juga sama bagi agensi-agensi kerajaan di
semua peringkat.
Besar atau kecil, perpustakaan anda mempunyai peranan literasi maklumat.  Tanpa
mengira saiz dan sumber-sumbernya, sesebuah perpustakaan  itu mempunyai peranan
yang penting sebagai sebahagian dari satu program literasi maklumat institusi, jika pun
bukan  pelopor  perubahan LM.  Para pustakawan dan pakar maklumat harus menjadi
penganjur program dan kegiatan literasi maklumat kerana perpustakaan atau pusat
maklumat mereka merupakan:
• Repositori/tempat simpanan pengetahuan
• Simpanan maklumat dalam pelbagai format
• Pusat yang mempunyai para pustakawan yang pakar maklumat
• Jabatan yang mempunyai ruang pembelajaran
• Tempat untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan pasukan pembelajaran
• Ruang untuk sosialisasi pengetahuan
• Tempat yang mempunyai penasihat maklumat/pakar rujukan dan perunding
• Pusat yang mempunyai akses computer, pemerosesan, dan komunikasi pengetahuan
• Gerbang kepada Internet, iaitu satu dunia maklumat
Program dan kurikulum yang disemak semula adalah hanya satu produk berpotensi. 
Program dan kurikulum Literasi Maklumat/Pembelajaran Sepanjang Hayat yang disemak
semula adalah hanya satu produk berpotensi  atau hasilan dari inisiatif ini.  Sama
pentingnya adalah aspek-aspek literasi maklumat/pembelajaran sepanjang hayat seperti:
• Prinsip
• Dasar
• Program
• Projek rintis
• Model
• Bengkel
• Tutorial
• Sesi sumbang-saran
• Teknik, alatan, kaedah
Pendeknya, terdapat satu kumpulan produk dan hasilan yang mungkin terbit dari usaha
ini.  Pihak pengurusan harus memberikan keutamaan dan bertindak ke atasnya.

No comments:

Post a Comment