Monday 19 December 2011

BAB 4 (Pengurusan Maklumat) by HOO AY TING A136258

Pengurusan Maklumat
Definisi dan Konsep Maklumat


Maklumat ialah:
Data
Bahan
Pengetahuan
Data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.

Ciri-ciri maklumat:
Relevan
Boleh dipercayai
Boleh difahami
Lengkap
Tepat pada masanya
Membantu mengurangkan ketidakpastian.

Contoh organisasi yang menguruskan maklumat:
Perpustakaan
Arkib
Muzium
Galeri seni
Internet

          Pengurusan maklumat adalah ilmu berkenaan kemahiran untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menilai, menyusun, dan menggunakan maklumat itu. Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat ( Lau 2006).

Konsep Literasi Maklumat
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan.
Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et al. 1999).
Pelajar yang celik maklumat mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, mampu menilai maklumat secara kritis dan juga menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif (Byerly et al. 1999).
Seterusnya, maklumat tersebut harus disintesis dan dipersembahkan dalam cara baru untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar (Byerly et al. 1999).

Mackenzie (1997): Orang yang celik maklumat berkebolehan dalam:-
Menggali: Berkeupayaan mengesan maklumat yang berkaitan, menyaring, menyisih dan memilih maklumat.
Mentafsir: Berupaya untuk menterjemahkan data dan maklumat kepada pengetahuan, wawasan, dan kefahaman.
Mencipta idea-idea baru: Berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru.

 Tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan : 
Akses
Penilaian
Penggunaan maklumat

3 Asas Utama Pengurusan Maklumat
1. Mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.
2. Menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
3. Mengaplikasikan dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif.

Asas 1Mengakses Maklumat Dengan Cekap Dan Berkesan 
-Mendefinisi dan menyatakan keperluan maklumat.
Mendefinisi atau mengenalpasti keperluan maklumat.
Memutus untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
Menyata dan mendefinisi keperluan maklumat.
Memulakan proses pencarian.

-Mengesan maklumat.
Mengenalpasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.
Menghasilkan strategi pencarian.
Mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
Memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.

Asas 2 Menilai Maklumat Dengan Cekap Dan Kritis 


-Pentaksiran maklumat
Menganalisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
Membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
Memilih dan mensintesis maklumat.
Menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula.

-Penyusunan maklumat
Menyusun dan mengkategorikan maklumat.
Mengelompok dan menyusun maklumat yang didapatkan semula.
Menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.

Asas 3 Menggunakan Maklumat Dengan Tepat Dan Kreatif 


-Penggunaan maklumat
Mencari cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan mengguna.
Menggunakan maklumat yang didapatkan semula.
Mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
Menghasilkan produk maklumat.

 -Komunikasi dan penggunaan beretika maklumat
Memahami penggunaan beretika maklumat.
Menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
Mengiktiraf produk pembelajaran sebagai  harta intelek.
Menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan.

Literasi Maklumat dan Pengetahuan
Pengetahuan ialah keadaan mengetahui; ‘tahu’ pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari.
Pengetahuan berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interpretasi, idea, pemerhatian dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang.
Secara ringkas, pengetahuan adalah hasil daripada pemprosesan kognitif yang dicetuskan oleh maklumat dan menghasilkan maklumat. Maklumat diubah menjadi pengetahuan apabila diproses dalam pemikiran seseorang. Seterusnya, pengetahuan menjadi maklumat apabila dipersembahkan dalam bentuk teks, grafik, perkataan atau dalam bentuk symbol yang lain.

Pengurusan Pengetahuan
Proses penghasilan, pemanfaatan, penghantaran dan penggunaan pengetahuan.
Melibatkan tiga komponen penting, iaitu membangun (mewujud), menyimpan dan berkongsi pengetahuan.
Bukan sekadar menyimpan pengetahuan, sebaliknya melibatkan keperluan untuk mendapatkan pengetahuan sama ada dari dalam atau luar organisasi dan perkongsian pengetahuan antara warga organisasi.

Kepentingan Pengurusan Pengetahuan
Membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan.
Memperbaiki kedudukan pasaran melalui penjanaan idea kreatif bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif.
Memperbaiki komunikasi dan meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.

4 Proses Pengurusan Pengetahuan
1) Menentukan pengetahuan yang diperlukan.
2) Menentukan perbezaan yang wujud antara pengetahuan yang perlu dengan pengetahuan yang sedia ada, sama ada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif.
3) Mengecilkan jurang perbezaan dengan membangunkan pengetahuan yang baru sama ada dengan membeli pengetahuan, memperbaiki pengetahuan yang sedia ada atau menghapuskan pengetahuan yang telah ketinggalan zaman.
4) Pengetahuan dikongsi, disebarkan dan diaplikasikan untuk kegunaan semua

No comments:

Post a Comment